L1020197a
[Flash 9 is required to listen to audio.]

Ice Girl by Emilie Simon

ashy cloud

I let go, lets me inhale,
Vapors in range, evaporated,
Like smoke, in an ashy cloud.

I let go, lets me inhale,
Vapors in the petals.

rayuan aku

Bagi aku peluang

untuk menarik nafas dan terus hidup

Bagi aku peluang

untuk berfikir dan tenangkan jiwa

Aku yang terlalu lemah

dan kini mulai hancur lebur

aku akan membisu dengan bebanan

yang  ditimpa keatasku

Berikan aku masa

dan sedikit tenaga

agar dapat kukumpul semua kisah kita

dan semua mimpi mimpi bersama…

aku merayu kepadamu…

No more summer for me
I promise that i’ll miss you
My sun, my flowers….

No more summer for me

I promise that i’ll miss you

My sun, my flowers….

[Flash 9 is required to listen to audio.]

Miss It So Much by Röyksopp - feat. Lykke Li

Setiap kali aku tengok dia, terbiar begitu. Kadang kadang aku biarkan berdebu, terasa bersalah yang tinggi dalam diri aku. Teringat macam mana nak dapatkan dia dulu. Aku bekerja part time. Sibuk macam mana sekalipun, aku berulang dari Anam ke Gebong semata mata nak cari duit tambahan…sebab nak dapatkan dia. Lepas tu, bila dah ada duit…pencarian bermula. Bukan senang nak jumpa dia..berjam jam jalan kaki dalam sejuk sebab semua kedai cakap jenis tu dah habis. Bila dah jumpa, harga pulak lebih dari yang aku sangka, sebab itu yang terakhir di Bumi Korea ini. Nasib baik ada Lela, pinjamkan duit dulu…kalau tak sampai sekarang aku berputih mata. Sabar yer sayang..dah tak lama..lepas ni dah free…boleh i keluar dengan u balik! just the two of us…

Mesti orang kata aku gila cakap dengan kamera sendiri.

Remember those walls I built
Well baby they’re tumbling down
And they didn’t even put up a fight
They didn’t even make a sound
I found a way to let you in
But I never really had a doubt
Standing in the light of your halo
I got my angel now

It’s like I’ve been awakened
Every rule I had you breakin’
It’s the risk that I’m takin’
I ain’t never gonna shut you out

selamat jalan

selamat jalan,

sahabat yang ku sayang

terlalu sayang, kau tidak tahu

selamat jalan,

sahabat yang kurasakan sahabat

jalan yang lurus, indah

itu yang ku harap buat kamu

jika aku mampu,

kan ku utus bidadari

sebagai wangian perjalanan

oh jangan bimbang,

aku akan terus

merindui kamu..

selamat jalan yang ku sayang…

yang pernah ku sayang…

gagal untuk difahami

Satu kejadian,

gagal difahami

iaitu bicara hati

sang bijaksana mulai benci

mentafsir hati

inikan pula aku

yang terlalu bodoh

dan sentiasa berpusing

selaju Bumi…

ia gagal difahami…

atau aku yang enggan mengerti?

aku menghilang

Penat,  lelah…

Aku penat mengejar

Terlalu jauh tak tercapai, hilang dari pandangan

Aku cuba menyentuh hatimu

Saat itulah kau melebarkan sayap dan terbang

Mengundur, mengalah…

Sebaris dengan bayangku

Berat kakiku kelu kaku biru sejuk dan beku

Aku enggan..sukarkah kau fahami?

Mungkin salahku terlalu berselindung di sebalik senyum

Sedih, Pedih…

Aku terpaksa lari maafkan aku

Aku sayang kamu, itukah yang kau mahu?

Yang kumahu, itu tidak perlu

Kerna ada yang lebih perlu kamu…

Janjiku pada kamu,

Mulai hari ini..aku hilang…dalam anganmu…

why you so obsessed with me?

Kenapa aku terlalu obses dengannya?

Aku bermimpi enggan bangun, membenci pertukaran siang dan malam.

Menunggu deringan telefon dan bila kuangkat, itu suara kamu.

Kita mungkin dekat tapi bagimu, aku terlalu jauh dan tak tercapai.

Aku obses, kehilangan minda dan akal.

Aku membazir masa dan mempermainkan rasa hatiku sendiri.

Suara suara hati merayu, cuba menghentikan kebenaran.

Lucu, kerana semua orang mula menggelakkan aku.