September 2011
2 posts
4 tags
Sep 13th
19 notes
Sep 13th
2 notes
December 2010
4 posts
Dec 17th
23 notes
3 tags
Dec 17th
1 tag
Dec 17th
6 notes
Dec 17th
November 2010
1 post
Nov 1st
2 notes
October 2010
4 posts
3 tags
ListenC’est La Vie by Coralie Clement  Aku...
Oct 27th
1 tag
ListenWhat Have I Done by Anna Ternheim
Oct 13th
2 notes
2 tags
aku benci kamu
Apa yang aku bencikan tentang fotografi? Lensaku yang tak seberapa? Bau kamera yang seperti barang plastic yang baru dibeli? Benci kerana jumlah komen yang sedikit di Flickr? Atau kerana berat bila digantung di leher serta mengedutkan tudungku? Salah sama sekali. Sipi sipi pun tidak. Hurm, sejujurnya aku bencikan bidang ini, kerana ia tak pandai menipu. Jika menulis, aku boleh mengubahsuai...
Oct 13th
3 notes
2 tags
merry go round
Owh, hari hari yang sibuk. Tetapi menyeronokkan. Setelah hampir setahun kami merancang, akhirnya tiba juga saat yang pernah kami rasakan mustahil untuk tiba. Owhl, Owl! yang kami idam-idamkan selama ini alhamdulillah, menjadi kenyataan. Tak sangka dan berdebar, itu sahaja yang dapat aku simpulkan buat masa ini.  Gambar di atas adalah beberapa dari hasil cubaan pertama kami menggunakan...
Oct 9th
1 note
September 2010
5 posts
1 tag
Kaffee Klatsch
Tidak berapa pasti mengenai gambar ketiga. Tapi ada momen yang penting di situ. Tertarik dengan tata rias luar dalam, aku dan rakan serumah mencapai kata sepakat untuk menjenguk Kaffee Klatsch yang terletak berhampiran Sungshin Women’s University. Rasa kopi agak suam suam kuku mungkin disebabkan pemanggang kopi klasik yang biasa digunakan rosak. Suasana yang suram dan...
Sep 27th
2 notes
1 tag
cakaplah
cakap atau berdiam diri. yang mana lebih membantu. bukankah meluahkan perasaan itu satu tindakan yang paling kejam, refleksi sebelah pihak? yang mendengar, jangan risau, anda masih dalam posisi yang selamat dan kukuh, selagi masih diam. memang tidak adil. satu keuntungan bagi anda kerana diberi ruang dan peluang untuk berfikir sebelum membalas kata-kata. cuma, jika hilang sabar, maka tempanglah...
Sep 19th
2 tags
ListenCascade by Anomie Belle
Sep 19th
2 tags
Sep 18th
3 notes
“When it took years for you to reply my messages”
Sep 4th
August 2010
3 posts
2 tags
you don't know me like i do
Aug 22nd
1 tag
Ramadhan & manusia bijak
Ramadhan kali ini bawa pengajaran kepadaku. Sesuatu yang tidak pernah aku sangka. Semuanya bermula ketika aku duduk termenung menunggu kuih raya siap dibakar. Seperti hadith kelima belas, berkatalah yang baik atau diam. Yang pertamanya, bimbang kata-kata yang dikeluarkan itu mengguris hati seseorang, yang keduanya, diam memberi kita peluang untuk berfikir. Dan adalah rugi jika kita hidup sekian...
Aug 18th
1 note
1 tag
ListenHa ha by Emilie Simon
Aug 17th
July 2010
5 posts
2 tags
gambar manis & Facebook .
***««««««« Maaf, sejak akhir akhir ini aku sedikit beremosi. Mungkin aku terlalu banyak memerhati, sehingga pelbagai sikap dan tindak tanduk orang lain merunsingkan aku. Senang kata, jaga tepi kain orang. Orang putih kate, guarding inside nearby someone’s skirt. Tidak sedarkah manusia sejak akhir akhir ini terlalu banyak memerhati? Pelbagai medium kita ada. Twitter, Friendster,...
Jul 26th
4 notes
1 tag
demam vintage
***** Sejak akhir-akhir ini, aku mempunyai kemahuan yang pelik tetapi benar. Aku mahu hidup di zaman remaja ibu dan abahku. Zaman 80 ‘an, 60’an ataupun zaman pop yeh yeh, entah aku pun gagal untuk mengelaskan kategorinya. Yang penting, polka dot, high waisted pants, gramophone, dan filem-filem audrey hepburn sangat menarik perhatianku. Dan yang paling kusukai adalah beg di atas,...
Jul 18th
1 tag
if you can't sleep
|||||||||||| model : cecilia by : me sudah seminggu aku di sini , namun belum berjumpa inspirasi . mujurlah ada beberapa gambar yang kuambil sebelum pulang ke Malaysia . sudah lama sebenarnya aku mahu publish gambar-gambar ini , cuma aku menuggu masa yang sesuai , iaitu apabila hatiku benar-benar mahu lakukan begitu . apabila ada sesuatu untuk dikongsi .  aku adalah...
Jul 13th
1 note
ListenGone Fishing by Second Person
Jul 13th
1 tag
Jul 1st
June 2010
5 posts
1 tag
masuk ke dalam mimpi
model : cecilia make-up & styling : cecilia & me photographer : me Hujan renyai-renyai , matahari samar - samar , tenaga mulai pudar . Aku hanya mahu tidur dan bermimpi . Jika ingin tahu apa mimpiku, ceritanya dalam entri yang berlainan . Tunggu ya !
Jun 30th
1 tag
selamat jalan romeo
Tajuk di atas berbunyi penuh prasangka (suspicious).  Tepat jam 9:18 malam tadi, maka berakhirlah drama swasta yang ditunggu-tunggu. Projek Aspen Icarus telah dihantar, jadi aku secara tidak rasminya mengisytiharkan aku sudah pulang ke Malaysia. Hanya Tuhan yang tahu betapa aku menggeletik menunggu saat ini, apatah lagi apabila rakan-rakan yang lain sudah mengumumkan cuti mereka seminggu yang...
Jun 24th
2 notes
1 tag
Jun 16th
1 tag
semua yang terbaik
Beberapa minggu kebelakangan, fikiranku sangat sesak sehingga kadang aku tak berfikir waras. Peperiksaan, kemalangan, pembentangan, projek akhir sem. Esok Jumaat, hari terakhir peperiksaan bagi kebanyakan. Tapi bukan aku. Masih ada 2 sehingga Selasa depan. Meter semangat aku turun naik, sekejap kuning, sekejap merah, yang pasti belum naik ke tahap hijau lagi. Seperti lumba lari, aku tak mahu pecut...
Jun 16th
1 tag
mannequin
Setelah berfikir secara masak-masak, yang mana satu pilihan di hati sebagai teman di hujung minggu, maka keputusan telah diambil bahawa si filem lebih menambat hatiku. Gambar yang diambil boleh dikatakan random, kerana tujuan aku keluar bukanlah untuk mengambil gambar sebenarnya. Ditambah dengan rasa putus asa setelah satu roll filem rosak beberapa minggu yang lepas, aku menekan shutter release...
Jun 1st
May 2010
6 posts
1 tag
ALICE IN WONDERLAND, WITHOUT JOHNNY DEEP
If the world is changing, it’s not mine, it’s yours .  You and I, we make a grand salute . Stare at each other like lost little birds across the room . - Little Waltz by Basia Bulat Last night I saw you spin around in my head but with a little thought I’ll forget everything . 
May 30th
2 tags
ListenWerewolf by Cocorosie Banyak perkara yang...
May 29th
1 tag
ANTARA DUA
Hujung minggu yang kurang kesesakan menjelma juga akhirnya. Esok, aku berkira-kira mahu keluar dengan Si Filem atau Si Digital. Apapun, hidup mesti terus, bukan? Salam hujung minggu!
May 28th
1 tag
TAK APALAH BERBEZA
Salah satu perkara yang membuatkan aku segan untuk mengaku “aku sukakan korea” adalah kerana mereka takut pada perbezaan. Takut untuk aku berkata begitu kerana bakal menyinggung perasaan rakan-rakanku di Malaysia, yang rata-rata memuja Korea lebih dari negara sendiri. Aku juga kurang bijak membuat penilaian, jadi anggaplah apa yang akan kutulis hanya satu suara kecil yang tak mampu...
May 15th
1 tag
ListenStrange Love by Koop Sekadar mahu berkongsi. Lagu...
May 8th
1 tag
JANGAN BERUBAH
Sungguh aku tidak pernah menyalahkan kamu. Kamu berubah mengikut putaran waktu. Cuma kadang aku buntu, siapa yang harus dipersalahkan. Waktu, manusia sekelilingmu yang terlalu menekan, atau aku? Aku harus berhenti menyalahkan sesiapa . Sungguh aku tidak pernah berasa enteng dengan perubahan kamu. Gerak geri kamu mengendahkan aku, tidak mempedulikan sakit peningku, kata-kata bisamu mencucuk...
May 7th
1 note
April 2010
8 posts
1 tag
ListenI Feel Like Dying by Lil’ Wayne...
Apr 23rd
2 tags
ListenI Found A Whistle by MGMT A celebration of a...
Apr 17th
3 notes
1 tag
CINNAMON CHAI STICK
BAHAN :  2 tbs serbuk kulit kayu manis 1 tbs serbuk teh 1 tbs serbuk kopi 110 g tepung serba guna 1 cawan gula 60 g (1 stick) mentega CARA : Adunkan tepung dan semua bahan kering , kemudian masukkan butter. Bentukkan doh dan potong doh membentuk jejari. Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah, selama 20~25 minit. Hias dengan coklat cip atau apa sahaja mengikut mood.
Apr 10th
1 note
1 tag
ListenYour Arms Around Me by Jens Lenkman
Apr 7th
1 note
1 tag
SENYUM
Tahukah anda betapa hebatnya perkataan senyum itu? Si gadis jatuh cinta kerana senyuman, putus cinta melihat senyuman itu bukan untuknya. Sekali ia dilakar di raut wajah, sekali itu hati bagai dipujuk, seperti pak turut yang melunturkan egonya. Tanpa disedari, kemarahan surut dan aku mulai runsing. Teknik senyuman nampaknya tidak pernah berkesan untukku.  Aku dilahirkan dengan kekurangan untuk...
Apr 7th
5 notes
2 tags
LITTLE PIES UNITED
Hey, lihat apa yang kita ada di sini. Dengan menggunakan baki kulit pie yang digunakan dalam resipi curry meat pie, beberapa pie kecil yang hidup segan mati tak mahu telah berjaya dihasilkan. Ini adalah promosi penjimatan terhebat di mana tiada baki doh dibuang. Pilihan inti adalah terpulang kepada anda, dari jem yang tidak habis-habis hinggalah lauk sardin malam semalam. Aku memilih jem blueberry...
Apr 4th
2 tags
LEMON CURD
BAHAN  1 biji lemon (Parutan kulit dan perahan jus) 1/2 cawan gula 1~2 biji telur 60 g (1/2 stick) butter PERSIAPAN Campurkan gula, lemon dan butter di dalam periuk kecil. Letakkan di atas periuk bersaiz lebih besar, yang diisikan air (teknik double boil). Apaibla butter dan gula hancur, masukkan telur sedikit demi sedikit. Pastikan adunan terus dikacau untuk mengelakkan gumpalan....
Apr 3rd
2 tags
CURRY MEAT PIE
Semalam aku menerima sebungkus ayam terbaru dari MeatExpress. Bermakna, peti sejuk yang hanya berharga 50,000 won (saiznya satu pertiga dari peti sejuk rumah anda) mulai penuh. Dengan rasa terpaksa, aku keluarkan daging hancur yang sudah berada di dalam peti sejukku selama 2 minggu dan gunakan dengan penuh efisen. Karipap bunyinya menarik, dan aku bertuah kerana Dalila merupakan pembuat kulit...
Apr 3rd
March 2010
5 posts
1 tag
ListenUnattainable by Little Joy Apa rasanya hidup...
Mar 28th
1 tag
SUPER POWER
Kalaulah aku diberi peluang untuk mempunyai super power, walaupun sehari, aku takkan ragu-ragu memilih untuk mempunyai kuasa: Menghalau lipas. Dengan sekali jeritan, lipas bukan setakat lari bertempiaran, malah hilang serta merta dari pandangan. Tiada lagi isi perut lipas berwarna putih dikarpet kerana dihempap secara sengaja oleh buku Biologi Lela. Aku bukan setakat anti, malah rimas, jelek...
Mar 25th
2 tags
YANG ENGKAU TIDAK PERNAH TAHU
Jika aku diberi peluang untuk bermimpi, aku akan akan pilih untuk mengetahui apa yang kau mimpi. Aku tidak pernah tahu, maka aku ingin tahu. Apa yang kau fikir tentangku, pendapatmu waktu aku menyarung baju baru, saat aku berpura-pura lalu di hadapan kamu, agar kelibatku menjadi imej dalam mimpi kamu. Betapa aku bodoh melawan realiti dengan fantasi. Kau langit dan aku Bumi. Aku takkan mampu...
Mar 13th
2 tags
LE PETIT FOUR
Sudah lama aku mencari, akhirnya baru ditemui. Siapa sangka di tengah kesibukan aku mengunyah pungo pang (kuih tradisional korea berintikan kacang hitam) dan odeng (fish cake) di sini, akhirnya aku berpeluang menikmati sesuatu yang aku idamkan setelah sekian lama. Paris terlalu jauh dari aku, lebih jauh apabila memikirkan saku tidak berongkos ini untuk ke sana. Si comel yang bergelar macarons...
Mar 7th
2 tags
PERCAYA
Jika aku diminta untuk memilih satu perkataan yang bermain dalam benak kepala, aku tanpa gusar memilih PERCAYA. 7 huruf digabung membentuk satu perkataan yang bila disebut dihujung lidah, ertinya berlainan dengan yang di hati. Satu perkataan jahat, menggangu gugat ketetapan pendirian dan emosi. Jika ia berubah erti, dalam sedetik dunia ini porak peranda, anak kecil kehilangan tempat tinggal,...
Mar 2nd
9 notes
February 2010
2 posts
1 tag
ADA APA DENGAN GAMBAR?
Satu gambar menyuarakan berjuta rasa. Manusia ditakdirkan lahir dengan perasaan. Sekecil kecil bayi menangis, setua tua manusia merenung jauh. Ada yang menyuarakan, ada yang memendam perasaan. Dengan itu, rasa derita hanya terasa seperti luka ringan dan senyum mesra dikongsi menjadi gelak ketawa. Manusia mempengaruhi dan dipengaruhi. Seperti ada satu rantaian yang terbentuk hanya melalui satu...
Feb 12th
2 tags
LANG DI ATAS BATU KAWI
Perjalanan yang terlalu lama mula membuatkan aku ‘panas’. Satu markah untuk cuaca yang panas dan satu markah lagi untuk daya geseran yang terhasil akibat terlalu lama di atas kusyen kereta. Ditambah daya geseran untuk dua jam seterusnya di atas kerusi feri, aku cuma ditemani rasa tidak sabar untuk menjejakkan kaki di pulau yang tersenarai di antara pulau tercantik di dunia, iaitu...
Feb 2nd