PASTELS’PLEDGE
Datang dari hati, dunia rendah saturasi paling sesuai buatku. Gadis kekurangan darah merah, sentiasa pucat dan mempunyai masalah kulit kering. Rendah keyakinan diri, bermasalah memilih baju untuk dipakai, dan takutkan lipas. Sebab itu ketika aku siapkan logo blog ini, sengaja aku letakkan huruf kecil “l & s” menandakan low saturation dan secara umumnya diwakili oleh warna-warna pastels.
Tidak pernah berpeluang mempelajari seni kreatif secara langsung. Punya imaginasi yang tinggi, iaitu hampir menyamai tahap Ally Mcbeal dan The Pinky and The Brain, maka hasillah sesuatu yang dirasakan betul dan hebat oleh diri sendiri. Bunyinya seperti hidup dalam zaman kegelapan, namun itulah hakikatnya. Masih dalam cubaan mencari “the light in the tunnel at the end”. Bantuan diperlukan.
Amnya entri di sini ditulis di dalam bahasa ibunda. Bagi mereka yang gagal menguasai Bahasa Melayu dengan baik, jangan segan silu untuk menekan butang “Translate” di bahagian bawah. Usah khuatir, Bahasa Melayu yang digunakan hampir tepat dan bahasa pasar akan cuba dielakkan dengan sedaya upaya.
Oh buat ramai yang bertanya, ini adalah perkakas kesayangan yang digunakan ketika menangkap gambar;
- Leica V-Lux 1
- Nikon FM
- Polaroid One600
- Holga Pinhole
- Kamera capuk 30 hinggit
Buatlah sesuatu untuk diri sendiri, kerana hidup hanya sekali.