cakaplah

cakap atau berdiam diri. yang mana lebih membantu. bukankah meluahkan perasaan itu satu tindakan yang paling kejam, refleksi sebelah pihak? yang mendengar, jangan risau, anda masih dalam posisi yang selamat dan kukuh, selagi masih diam. memang tidak adil. satu keuntungan bagi anda kerana diberi ruang dan peluang untuk berfikir sebelum membalas kata-kata. cuma, jika hilang sabar, maka tempanglah benteng pertahanan. saat itu, situasi tidak kurang tegangnya dari dewan parlimen. strategi kena bagus, percaturan mestilah tepat. barulah menang kes.

oh sayang, terlajak perahu boleh diundur… terlajak kata?