SUPER POWER

Kalaulah aku diberi peluang untuk mempunyai super power, walaupun sehari, aku takkan ragu-ragu memilih untuk mempunyai kuasa: Menghalau lipas. Dengan sekali jeritan, lipas bukan setakat lari bertempiaran, malah hilang serta merta dari pandangan. Tiada lagi isi perut lipas berwarna putih dikarpet kerana dihempap secara sengaja oleh buku Biologi Lela.

Aku bukan setakat anti, malah rimas, jelek dan muak dengan aksi separuh comel mereka. Berlari ke sana ke mari, sambil menggoyang goyangkan sesungut. Dengan harapan, dapat berkongsi makananlah konon. Kadang kadang, aku tidak faham kenapa mereka tidak pernah berputus asa mendekatiku. Aku sudah letakkan racun, belerang, dan beberapa ubat gegat secara berleluasa tetapi aku gagal. Aku terasa diejek. Tak dihormati privasi.

Ah, marah.

Aku mahukan Super Power. Atau sekurang-kurangnya mereka yang mempunyai kuasa itu untuk menemani aku.