Unattainable
Little Joy
Little Joy
[Flash 9 is required to listen to audio.]

Unattainable by Little Joy

Apa rasanya hidup tanpa graviti? Aku pasti lari jauh dari kamu. Pasti aku tidak seresah ini. Ha, aku gadis yang bodoh. Berangan sesuatu yang tidak mungkin. Kau pusat gravitiku, terlalu kuat daya tarikanmu terhadapku. Kau biarkan aku hidup dalam kebencian, kerana engkau tarik semua cintaku. Seperti buih-buih sabun yang berwarna pelangi, akhirnya pecah jatuh menjejak Bumi.

Tidak kira sekuat mana angin bertiup.

Graviti, graviti, tahukah kamu kejahatan kamu. Saat aku mula berdiri di atas kaki sendiri, kau mula tonjolkan diri. Kau tunjukkan tanda-tanda kemungkinan yang kau juga punya rasa itu. Menarik narik aku tanpa belas, ke arah yang aku tidak pasti benar atau salah. Kau biarkan aku jatuh tanpa sebarang pelindung sedang kau tahu aku akan patah bila-bila masa.

Paling membingungkan aku, kau tidak pernah berusaha untuk membiarkan aku pergi, atau terus di sini. Tetapi ironinya rasa itu tetap kembali. Mana kau sorokkan pusat graviti, tunjukkan pada aku. Akan aku matikan satu persatu. 

Graviti, graviti, cepatlah kau mati.