CURRY MEAT PIE

Semalam aku menerima sebungkus ayam terbaru dari MeatExpress. Bermakna, peti sejuk yang hanya berharga 50,000 won (saiznya satu pertiga dari peti sejuk rumah anda) mulai penuh. Dengan rasa terpaksa, aku keluarkan daging hancur yang sudah berada di dalam peti sejukku selama 2 minggu dan gunakan dengan penuh efisen. Karipap bunyinya menarik, dan aku bertuah kerana Dalila merupakan pembuat kulit karipap yang bukan sahaja rangup, malah sesuai dimakan begitu sahaja. 

Dengan sedikit twist, aku gunakan baki inti karipap yang ada untuk membuat pie. Kebetulan minggu lepas aku sudah sediakan pie crust untuk membuat chicken pot pie yang tidak berapa menjadi. Mujurlah tempoh seminggu untuk pie crust berada di dalam peti sejuk, seakan-akan perfect match bagi menghasilkan pie crust yang tidak mudah pecah apabila dibakar. Cuma aku terkilan kerana hari ini sepatutnya aku keluar bersama Lai Yee untuk sesi fotografi dan mencuba outdoor food photography tetapi keadaan cuaca yang terlalu berangin tambahan pula kesihatan Lai Yee yang tidak mengizinkan, membuatkan aku terpaksa membatalkan niat. Apapun, semoga Lai Yee cepat sembuh, dan cuaca kembali indah.

Bunyinya seperti situasi win-win, dan aku suka.

Food photography adalah yang aku idamkan. Terlalu banyak yang perlu aku cuba, seperti eksplorasi. 

Curry Meat Pot Pie inspirasi dari Bonappetit

Klik KOMEN untuk resipi…