LITTLE PIES UNITED

Hey, lihat apa yang kita ada di sini. Dengan menggunakan baki kulit pie yang digunakan dalam resipi curry meat pie, beberapa pie kecil yang hidup segan mati tak mahu telah berjaya dihasilkan. Ini adalah promosi penjimatan terhebat di mana tiada baki doh dibuang. Pilihan inti adalah terpulang kepada anda, dari jem yang tidak habis-habis hinggalah lauk sardin malam semalam. Aku memilih jem blueberry (bersama kismis), peanut butter (bersama coklat cip) dan keju mozarela (bersama daun thyme). Cuma sekadar nasihat, pengunaan buah-buahan segar adalah digalakkan berbanding jem, untuk mengelakkan pie menjadi objek seni fotografi yang tidak diundang, seperti dibawah. 

Pie dibakar pada suhu 180 celcius, selama 20 minit. Gunakan garpu untuk membuat corak sekeliling pie. Selamat membuang masa membuat pie!