SENYUM

Tahukah anda betapa hebatnya perkataan senyum itu? Si gadis jatuh cinta kerana senyuman, putus cinta melihat senyuman itu bukan untuknya. Sekali ia dilakar di raut wajah, sekali itu hati bagai dipujuk, seperti pak turut yang melunturkan egonya. Tanpa disedari, kemarahan surut dan aku mulai runsing. Teknik senyuman nampaknya tidak pernah berkesan untukku.
Aku dilahirkan dengan kekurangan untuk bersuara, maksud aku terlalu diam. Mak cakap, doktor terpaksa mencubit dengan kuat di bontotku sebaik sahaja dilahirkan kerana tangisan aku terlalu lemah, dan itu menandakan bayi pasif. Ketika aku kecil, puas emakku mencariku “hilang” ketika dia asyik berborak bersama jiran. Rupa-rupanya, aku di dalam longkang, dalam keadaan kepala ke bawah, terjatuh dalam cubaan menarik lalang. Kata emak, aku diam sahaja. Rantai leherku pernah diragut di pasar malam dan kejadian itu hanya disedari emakku beberapa jam selepas itu, kerana aku langsung tidak berbunyi. Walhal leherku luka dengan kesan ragut. Semuanya aku sorok dengan senyuman.
Yang berakhir dengan tangisan.

Aku melihat tindak tanduk manusia yang jelas diperhatikan dari tingkat 6 교양관. Aktiviti kesukaan aku selama 1 jam 15 minit, setiap Selasa dan Khamis sambil menunggu Dalila habis kelasnya. Biasanya aku sukakan keadaan ini, seperti dunia ini aku yang punya. Seolah-olah satu tempat baru, dengan pintu terbuka luas untuk aku kuasai. Dari tingkap kecil ini, aku bebas mengadili sesiapa sahaja, cuma harini keadaan sedikit berbeza. Fikiranku kosong dan aku seperti orang tidak waras, berlatih untuk senyum. Berlatih jika ditekan tubi oleh soalan soalan yang tidak diundang, terutama dari Shafiq. Senyum, Sarini…jika dia katakan semua ini salah kamu. Senyum, Sarini…ketika dia katakan…
Aku sendiri tidak dapat mengagak apa yang bakal dikata.
Dan aku sendiri bukanlah orang yang kuat. Kata Tipah, keluar dengan rakan rakan. Ok, checked. Kata Syahmy, makan pisang. Ok, in the waiting list. Kata Lai Yee, datang rumah saya. Ok, sounds good. Kata Niderk, serahkan pada masa. Ok, kat mana kaunter penyerahan masa? Kata Tipah lagi, datang Hanyang, bawak moto, masak pie, lepak tepi sungai. Ok, tak sabar! Kata Syahmy, jadi stalker seseorang. Errr…. >,<

Ini adalah kali pertama aku meletakkan gambarku di blog ini. Dan tanpa segan silu dan konfidennya aku mengisytiharkan zaman senyumku yang penuh gilang gemilang bakal bermula. Jangan mengada-ngada masam bila aku senyum. Aku akan mengamuk dan membelasah sesiapa sahaja yang ingkar sehingga lunyai, seperti huruf yang jadi kegemaranku di papan kekunci ketika ini, iaitu H & A = HAHA.
Sekurang-kurangnya ia lebih mudah dari cubaan untuk senyum.
-
leanor-springer reblogged this from pastels
-
babrosa liked this
-
aqilaarief liked this
-
amirnnttt liked this
-
dinies liked this
-
photodisturbia liked this
-
pastels posted this