Sungguh aku tidak pernah menyalahkan kamu. Kamu berubah mengikut putaran waktu. Cuma kadang aku buntu, siapa yang harus dipersalahkan. Waktu, manusia sekelilingmu yang terlalu menekan, atau aku?
Aku harus berhenti menyalahkan sesiapa .

Sungguh aku tidak pernah berasa enteng dengan perubahan kamu. Gerak geri kamu mengendahkan aku, tidak mempedulikan sakit peningku, kata-kata bisamu mencucuk aku, aku simpan dalam satu perkataan yang aku panggil “kenangan” dan “pengalaman”. Engkau semanis gula, dan aku sepahit kopi. Bukankah kita saling melengkapi?
Cuma ada masanya aku lebih selesa hidup tanpa kamu .

Walau apa pun kamu, pesanku cuma satu. Jangan berubah. Engkau tidak akan mampu memenuhi kepuasan manusia yang kadang katanya hadir dulu sebelum akal. Memang benar tidak semua menyukai kamu, tetapi tidak semua membenci kamu. Simpan dirimu untuk yang tidak membenci itu kerana dia yang akan menghargai kamu.
Menyedari setiap kualiti yang ada pada kamu .

