Ask

ArchiveRSS

Theme

an ordinary girl who likes {extraordinary} low-saturation photos, indie pop & folk music, good food and see before translating the whole world in her dreamy language.

welcome to my language.

Posted 1 year ago
#music #speechless
RewindContinue
[Flash 9 is required to listen to audio.]

Werewolf by Cocorosie

Banyak perkara yang merunsingkan aku kebelakangan ini. Takut pada kesesalan di masa depan, takut pada kehilangan hidup, takut pada kekurangan masa. Maka satu e-mel telah melayang menemui Pak Sheikh kerana tanganku terlalu gatal untuk menaip dan mengadu. 

Hatiku sebenarnya yang begitu.

Apa yang kutaip padanya terpaksa dirahsiakan atas kemaluan rasa malu dengan diriku yang sentiasa khuatir dan gusar. Namun sebagai rumusan, aku nyatakan betapa aku mahu keluar dari istilah kuliah, buku dan peperiksaan. Hatiku jelek dan tidak lagi berada di situ. Aku mahu berfikir menggunakan akal, bukannya homework solutions. Aku mahu mencipta idealogi dan budaya, bukannya cunning paper. 

Maka katanya sebagai balasan,

I think u should finish your program. U r in the final year. U r young. Then u follow your passion to lead a full life, giving your 100%”

………….

Itu sahaja?

“I wl write to u again in the next few days. Plz stay in touch.”

Oh Tuhanku, nasib baik ada sambungannya. Paling tidakpun hatiku yang terpinga-pinga tadi sedikit tenang. 

Berputar laju seperti rekod gramafon, “u r young..u r young” . Adakah itu bermakna aku masih mentah?