semua yang terbaik
Beberapa minggu kebelakangan, fikiranku sangat sesak sehingga kadang aku tak berfikir waras. Peperiksaan, kemalangan, pembentangan, projek akhir sem. Esok Jumaat, hari terakhir peperiksaan bagi kebanyakan. Tapi bukan aku. Masih ada 2 sehingga Selasa depan. Meter semangat aku turun naik, sekejap kuning, sekejap merah, yang pasti belum naik ke tahap hijau lagi. Seperti lumba lari, aku tak mahu pecut atau pancit di tengah jalan.

Nama pun pelajar, maka ada peperiksaan. Sepanjang hidup, aku adalah pelajar. Kertas jawapanku adalah hidup yang aku lalui. Peperiksaan pula, hampir setiap masa aku diperhatikan dan hidup dalam pengadilan. Jadi tidak adil rasanya aku merungut untuk peperiksaan yang hanya datang 2 kali setiap sem ini. Apapun aku harapkan segala yang terbaik untuk semua. InsyaAllah.

Minggu peperiksaan, bermakna makan pun ala kadar. Ye ker? Yang penting tahap khasiatnya kurang. Rasa bersalah bila dalam sehari tiada sayur dan buah. Aku juga sudah kekurangan stok kopi. Sebut tentang kopi, aku telah jatuh cinta pandang ke berapa entah aku pun tak tahu pada Americano. Dipadankan dengan onion bagle, aku terasa seperti menjawab soalan thermodynamic dalam kepal terbang menuju ke Malaysia. Maksudnya, pahit tapi seronok. Hahah boleh ke macam tu? Oh, aku tidak pernah tahu pula donut Mister Donuts sangat sedap, lagi sedap dari Dunkin Donuts. Mahu lagi!