if you can’t sleep

||||||||||||

model : cecilia

by : me

sudah seminggu aku di sini , namun belum berjumpa inspirasi . mujurlah ada beberapa gambar yang kuambil sebelum pulang ke Malaysia . sudah lama sebenarnya aku mahu publish gambar-gambar ini , cuma aku menuggu masa yang sesuai , iaitu apabila hatiku benar-benar mahu lakukan begitu . apabila ada sesuatu untuk dikongsi .  aku adalah seseorang yang terlalu mengikut gerak hati . 

cecilia atau nama penuhnya , cecilia ng lai yee merupakan seseorang yang sangat ‘setia’ padaku . sudah hampir 5 tahun kukenali , hubungan antara kami sangat rapat dan aku terasa beruntung kerana mengenalinya . panggil kami ‘satu kepala’ , kerana sebaik sahaja aku menghalakan kamera , dia boleh membaca fikiranku dan faham konsep yang kumahu . 

aku seawalnya tidak punya minat untuk mengambil gambar people and potraits , tetapi kecenderungan aku untuk berkongsi emosi mendorong aku untuk mencuba . keluar dari kepompong gambar-gambar still life merupakan cabaran yang sangat besar kerana aku risau dengan kegagalan untuk berinteraksi dengan model . untuk tempoh itu , terima kasih buat cecilia kerana banyak membantu . 

aku mahu mencari lagi model model yang sudi keluar mengambil gambar bersamaku . syaratnya mudah , iaitu menjadi diri sendiri sepanjang proses . aku tidak sabar untuk berkongsi emosi dan cerita yang baru .