demam vintage

*****

Sejak akhir-akhir ini, aku mempunyai kemahuan yang pelik tetapi benar. Aku mahu hidup di zaman remaja ibu dan abahku. Zaman 80 ‘an, 60’an ataupun zaman pop yeh yeh, entah aku pun gagal untuk mengelaskan kategorinya. Yang penting, polka dot, high waisted pants, gramophone, dan filem-filem audrey hepburn sangat menarik perhatianku. Dan yang paling kusukai adalah beg di atas, milik abah yang dibeli sebaik sahaja mengahwini emak. Aku sukakan semua tentangnya, dari tekstur kulitnya hinggalah bau vintage yang masih kekal ke hari ini. 

Pernah aku suarakan pada emak yang aku mahu hidup di zaman remajanya, dan emak hanya membalas, “Itulah. Seronok, dikk”. Kenyataan pendek yang membuat aku bertindak balas seperti 18 tahun dahulu, ketika melihat iklan Disneyland. Terlalu mahu pergi sedang aku tahu ia mustahil.

Lupakan tentang itu, aku sekarang berkira-kira untuk kembali menulis tentang makanan di sini. Sudah banyak resipi yang kucuba sepanjang cuti, dan aku harus menulis supaya aku tidak lupa dengan apa yang sudah dicuba dan apa yang belum. Cuma aku tidak pasti samada blog ini sesuai dicampur adukkan antara fotografi dan makanan. Aku risau resipiku yang berjela jela itu nanti mengganggu layout blog ini. Untuk menjadi food photographer {memang cita-citaku dari dulu} yang baik, identiti gambar makananku juga amat penting. Aku perlu fikirkan tentang itu. 

Maaf, entri kali ini lebih kepada monolog dalaman. Aku memang begini, sejak dahulu lagi.