Ask

ArchiveRSS

Theme

an ordinary girl who likes {extraordinary} low-saturation photos, indie pop & folk music, good food and see before translating the whole world in her dreamy language.

welcome to my language.

Posted 1 year ago
#life journals #food
RewindContinue

***«««««««

Maaf, sejak akhir akhir ini aku sedikit beremosi. Mungkin aku terlalu banyak memerhati, sehingga pelbagai sikap dan tindak tanduk orang lain merunsingkan aku. Senang kata, jaga tepi kain orang. Orang putih kate, guarding inside nearby someone’s skirt. Tidak sedarkah manusia sejak akhir akhir ini terlalu banyak memerhati?

Pelbagai medium kita ada. Twitter, Friendster, Facebook, ya, Facebook atau nama popularnya, FB. Medium paling kuat kukira sejak akhir-akhir ini. Bayangkan, kita menyimpan dendam dengan sesorang yang diluar lingkungan kenalan kita. ‘Jalinan Tidak Wujud’ yang dicipta oleh FB ini sangat berkuasa. Percayalah, kuasanya jauh lebih hebat dari Paul si sotong kurita.

Ia tidak bermusim dan senang diakses oleh sesiapa sahaja. Baru-baru ini, kenalanku meminta aku untuk ‘menyiasat’ keadaan jirannya yang menjadi musuh ketat sejak azali. Mahu melihat manalah tahu jika ada gambar sofa baru atau perabot baru di FB milik jirannya. Tidak masuk akal, tapi itulah kebenaran. 

Jangan menipu dengan mengatakan anda tidak pernah merasa menyampah melihat orang lain asyik menukar profile pictures, yang sememangnya indah khabar dari rupa. Istilah ” Who cares? ” tidak lagi valid. Sememangnya ramai yang kisah dengan anda. Kekerapan orang membuka laman FB dan meneliti setiap yang tertera di laman home lebih dari jangkaan anda. Anda akan dinilai oleh ribuan manusia yang tidak pernah mengenali hati budi anda, kemanisan senyuman anda, kebijaksanaan anda dalam persahabatan. Sungguh tidak adil, anda dinilai seperti seekor ikan dalam longgokan di pasar malam. Cerita anda di lautan, itu belakang kira. 

Hey, jangan fikir terlalu berat. Saya bukanlah mahu menyamakan anda seperti ikan. Anda memang manis. Semanis kurma. Tapi aiskrim laici yang kubuat di atas, kurang manis. Tak apalah, kurangkan gula dalam makanan, lebihkan gula dalam senyuman.