Ask

ArchiveRSS

Theme

an ordinary girl who likes {extraordinary} low-saturation photos, indie pop & folk music, good food and see before translating the whole world in her dreamy language.

welcome to my language.

Posted 1 year ago with 1 note
#conceptual
RewindContinue

Ramadhan kali ini bawa pengajaran kepadaku.

Sesuatu yang tidak pernah aku sangka. Semuanya bermula ketika aku duduk termenung menunggu kuih raya siap dibakar. Seperti hadith kelima belas, berkatalah yang baik atau diam. Yang pertamanya, bimbang kata-kata yang dikeluarkan itu mengguris hati seseorang, yang keduanya, diam memberi kita peluang untuk berfikir. Dan adalah rugi jika kita hidup sekian lama, namun jarang sekali kita berfikir. 

Apa yang aku fikirkan ketika itu adalah kenapa kita gagal mengawal sifat marah, keluh kesah, tidak sabar dalam diri kita. Sehingga perkara perkara kecil yang sepatutnya terlepas pandang, kita adili tanpa berfikir. Menyumpah seranah apabila bas lambat sampai. Merungut ketika peniaga di bazaar makanan menghulurkan makanan dalam kuantiti yang sedikit. Bermasam muka ketika seseorang melanggar bahu kita dengan kuat, tanpa sengaja. 

Fitrah manusia, kita tidak sempurna. Bersedia untuk melakukan pelbagai kesilapan dan penuh kekurangan. Kita perlu menerima hakikat tersebut. Manusia yang bijak, adalah mereka yang dapat memanipulasikan keadaan. Yang dapat melihat kelebihan dalam kekurangan. Kebahagiaan dalam keseksaan. 

Kesilapan yang dilakukan oleh orang lain, bukanlah hak kita yang lemah ini untuk mengadilinya. Dengan kekuatan iman, kita mampu melepaskan tugas itu kepada Allah, dan mempunyai sifat positif bagi setiap manusia yang sama-sama menumpang seketika di dunia ini. Dengan kekuatan iman jugalah, kita mengkaji kesalahan orang lain bukan untuk membenci, tetapi belajar untuk memperbaiki. Seharusnya, kita berterima kasih kepada mereka kerana memberi kita pengalaman secara tidak sengaja.

Itulah manusia yang bijak. Mereka tenang, positif dan mencari hikmah bagi setiap dugaan. Masih terngiang-ngiang di kepalaku satu babak di dalam drama Ular Emas yang kutonton kelmarin. Ketika itu, semut penuh menghurungi juadah berbuka yang diberikan jiran. Maka katanya, “Subhanallah, rezeki semut hari ini, bukan rezekiku.” Berbeza dengan sifatku yang kebiasaannya akan berkata, “Ish, bencilah semut ni! Jahatnye lah…benda macam ni pun nak makan!” lalu menyembur Ridsect seperti orang gila. 

Alhamdulillah, Ramadhan ini aku belajar sesuatu. Sempena Ramadhan ini jugalah, belum terlambat untuk aku meminta maaf atas segala kesalahan yang kulakukan kepada semua muslimin muslimat yang mengenali. Semoga kita sama sama berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah.

  1. ohhohhme reblogged this from pastels
  2. pastels posted this