
Sudah lama aku mencari, akhirnya baru ditemui. Siapa sangka di tengah kesibukan aku mengunyah pungo pang (kuih tradisional korea berintikan kacang hitam) dan odeng (fish cake) di sini, akhirnya aku berpeluang menikmati sesuatu yang aku idamkan setelah sekian lama. Paris terlalu jauh dari aku, lebih jauh apabila memikirkan saku tidak berongkos ini untuk ke sana.

Si comel yang bergelar macarons ini, berasal dari Perancis dan terbentuk hasil putaran putih telur, gula dan tepung almond. Dengan resipi yang hampir menyerupai marshmallow , ia mampu memberikan anda kenangan manis untuk setiap gigitan. Le Petit Four yang terletak di Hongde ini menyediakan pelbagai jenis macarons pada harga 1500 ~ 1800 won, capsul gelato, gataeu, dan aiskrim.

Aku dan Syahmy telah memesan Banana Split Macaron, Pistachio Creme Macaron dan Raspberry Gelato. Secara peribadi, aku rasakan gelato merupakan pelengkap yang baik untuk macaron. Setiap suapan manis macaron sangat sesuai jika diselang selikan dengan sesuap gelato yang sedikit masam, manis dengan rasa buah asli.

Aku tidak pasti samada Le Petit Four telah melakukan yang terbaik untuk mengintrepetasikan macarons seperti laduree, namun apa salahnya mencuba sesuatu yang baru atau sekurang-kurangnya cuci mata terlebih dahulu di laman web mereka di sini.

Terletak berhampiran Sichong, SOO:P COFFEE FLOWER bukanla susah dikunjungi. Apa yang menarik mengenai kafe ini adalah pelbagai bunga segar turut dijual di dalam kafe, membolehkan anda menghirup udara segar di sebalik haruman kopi. Hiasan yang sangat menarik, menggunakan konsep antik dan vintage. Cubalah sekali caramel caffe latte, pada harga 6000 won atau espresso machiatto, 4500 won yang pasti menjanjikan kepuasan.
get there
link ini untuk cara pergi
extra credits
vintage look + flower shop + layanan baik + majalah kraf dan dekorasi jepun
recommendation
![]()
![]()
