aku benci kamu

Apa yang aku bencikan tentang fotografi? Lensaku yang tak seberapa? Bau kamera yang seperti barang plastic yang baru dibeli? Benci kerana jumlah komen yang sedikit di Flickr? Atau kerana berat bila digantung di leher serta mengedutkan tudungku?

Salah sama sekali. Sipi sipi pun tidak. Hurm, sejujurnya aku bencikan bidang ini, kerana ia tak pandai menipu. Jika menulis, aku boleh mengubahsuai ayat menyorokkan kesedihan, seperti memanipulasikan keadaan. Yalah, seperti anda sedang chatting dengan seseorang yang anda ‘kurang berkenan’ senang sahaja anda berkata, ‘maaf, tengah kelas ni…nanti chat lagi yer?’ sedangkan pada masa yang sama, ada 3 perempuan lain yang lebih menarik, sedang dilayan dengan rasa kacak dan bijaksana.

Owh ya, berbalik kepada gambar, eh fotografi. Aku memanipulasi (edit) gambar ini ketika sedang kucar kacir, dengan kerja rumah mengenai etika kejuruteraan sepanjang 4 muka surat perlu ditulis + di dalam bahasa korea + perlu dihantar keesokannya. Sebab itulah gambar seperti kurang serinya. Fotografi memang tak tahu menipu. Hahaha, ada kaitan ke? 

Tak apalah, selamat malam. Sayang semua. Tata! 


merry go round

Owh, hari hari yang sibuk. Tetapi menyeronokkan. Setelah hampir setahun kami merancang, akhirnya tiba juga saat yang pernah kami rasakan mustahil untuk tiba. Owhl, Owl! yang kami idam-idamkan selama ini alhamdulillah, menjadi kenyataan. Tak sangka dan berdebar, itu sahaja yang dapat aku simpulkan buat masa ini. 

Gambar di atas adalah beberapa dari hasil cubaan pertama kami menggunakan barang-barang daripada Owh, Owl! online store. Masih banyak lagi untuk dikongsi, tak sabar :D. Buat masa sekarang, kamilah model, kamilah jurufoto, kamilah jurusolek, kamilah juga pengurus pemasaran. Jadi untuk mengelakkan anda muak dihidangkan dengan sesuatu yang sama (dan tak seberapa), ada juga plan di dalam kepala kami untuk mencari jurufoto dan model berbakat untuk menyertai kami. Jumpa nanti, ya.

Sebenarnya, sudah lama aku menghadap komputer, cuba untuk menghabiskan entri kali ini. Entah, aku pun tak tahu kenapa aku seperti hilang kata-kata. Yang aku perlukan sekarang, sokongan dari rakan-rakan : ) dan kekuatan dari-Nya. Owh, jangan lupa untuk ‘like’ fanpage kami dan add as friend di profil kami. Salam. 


cakaplah

cakap atau berdiam diri. yang mana lebih membantu. bukankah meluahkan perasaan itu satu tindakan yang paling kejam, refleksi sebelah pihak? yang mendengar, jangan risau, anda masih dalam posisi yang selamat dan kukuh, selagi masih diam. memang tidak adil. satu keuntungan bagi anda kerana diberi ruang dan peluang untuk berfikir sebelum membalas kata-kata. cuma, jika hilang sabar, maka tempanglah benteng pertahanan. saat itu, situasi tidak kurang tegangnya dari dewan parlimen. strategi kena bagus, percaturan mestilah tepat. barulah menang kes. 

oh sayang, terlajak perahu boleh diundur… terlajak kata?


you don’t know me like i do


Ramadhan & manusia bijak

Ramadhan kali ini bawa pengajaran kepadaku.

Read More