Hey, lihat apa yang kita ada di sini. Dengan menggunakan baki kulit pie yang digunakan dalam resipi curry meat pie, beberapa pie kecil yang hidup segan mati tak mahu telah berjaya dihasilkan. Ini adalah promosi penjimatan terhebat di mana tiada baki doh dibuang. Pilihan inti adalah terpulang kepada anda, dari jem yang tidak habis-habis hinggalah lauk sardin malam semalam. Aku memilih jem blueberry (bersama kismis), peanut butter (bersama coklat cip) dan keju mozarela (bersama daun thyme). Cuma sekadar nasihat, pengunaan buah-buahan segar adalah digalakkan berbanding jem, untuk mengelakkan pie menjadi objek seni fotografi yang tidak diundang, seperti dibawah.

Pie dibakar pada suhu 180 celcius, selama 20 minit. Gunakan garpu untuk membuat corak sekeliling pie. Selamat membuang masa membuat pie!

BAHAN
1 biji lemon (Parutan kulit dan perahan jus)
1/2 cawan gula
1~2 biji telur
60 g (1/2 stick) butter
PERSIAPAN
Campurkan gula, lemon dan butter di dalam periuk kecil. Letakkan di atas periuk bersaiz lebih besar, yang diisikan air (teknik double boil). Apaibla butter dan gula hancur, masukkan telur sedikit demi sedikit. Pastikan adunan terus dikacau untuk mengelakkan gumpalan. Siap! Sapukan di atas roti bakar.

Semalam aku menerima sebungkus ayam terbaru dari MeatExpress. Bermakna, peti sejuk yang hanya berharga 50,000 won (saiznya satu pertiga dari peti sejuk rumah anda) mulai penuh. Dengan rasa terpaksa, aku keluarkan daging hancur yang sudah berada di dalam peti sejukku selama 2 minggu dan gunakan dengan penuh efisen. Karipap bunyinya menarik, dan aku bertuah kerana Dalila merupakan pembuat kulit karipap yang bukan sahaja rangup, malah sesuai dimakan begitu sahaja.

Dengan sedikit twist, aku gunakan baki inti karipap yang ada untuk membuat pie. Kebetulan minggu lepas aku sudah sediakan pie crust untuk membuat chicken pot pie yang tidak berapa menjadi. Mujurlah tempoh seminggu untuk pie crust berada di dalam peti sejuk, seakan-akan perfect match bagi menghasilkan pie crust yang tidak mudah pecah apabila dibakar. Cuma aku terkilan kerana hari ini sepatutnya aku keluar bersama Lai Yee untuk sesi fotografi dan mencuba outdoor food photography tetapi keadaan cuaca yang terlalu berangin tambahan pula kesihatan Lai Yee yang tidak mengizinkan, membuatkan aku terpaksa membatalkan niat. Apapun, semoga Lai Yee cepat sembuh, dan cuaca kembali indah.
Bunyinya seperti situasi win-win, dan aku suka.

Food photography adalah yang aku idamkan. Terlalu banyak yang perlu aku cuba, seperti eksplorasi.
Curry Meat Pot Pie inspirasi dari Bonappetit
Klik KOMEN untuk resipi…

Entah kenapa aku menamakan entri kali ini dengan unsur perkahwinan. Mungkin kerana sekarang telingaku diisi dengan bunyi latihan paluan kompang dan latihan nyanyian lagu pengantin baru, menandakan esok rakan yang kukenali di sekolah rendah, yang juga tinggal tidak jauh dari rumahku akan naik pelamin. Atau mungkin juga kerana aku masih terngiang-ngiang tangisan Chef Wan ketika anak perempuannya, selamat diijabkabulkan.
Aku masih ingat, beberapa tahun dahulu, aku pernah berjanji pada emakku aku tidak akan kahwin selagi aku puas menjaganya sepertimana dia menjagaku dahulu. Ketika itu emak membalas semuanya tipu dan akan berubah pabila aku besar. Aku sekeras-kerasnya menafikan sangkalan itu.
Sebentar tadi, abah pulang dari kerja..dan terus bertanya, “Akak belum balik?” dan emakku pantas menajawab, “Balik aje kerja, terus tanya akak mana…kan dia dah besar, biarkanlah dia keluar sekali sekala.” Tersenyum aku mendengar. Betapa abah cukup risau dan sayangkan akak, walaupun bila akak betul-betul ada di rumah, abah dan akak seperti anjing dengan kucing . Hahaha.

Serai yang diambil di belakang rumah dan isi ikan rebus yang disediakan terlebih dahulu.
Semalam, emakku mencadangkan kerabu sebagai menu perkahwinan aku nanti, bagi menggantikan Nasi Minyak. Katanya, Nasi Minyak terlalu ‘biasa’ dan tetamu cepat ‘muak’.. dan apa salahnya kalau kita hidangkan kerabu, yang bukan sahaja menjadi makanan kegemaran seluruh keluarga kami, malah agak popular di Pahang.
Jadi, kali ini aku ingin berkongsi lauk ‘wajib’ dibawa setiap kali hujung minggu ketika melawat aku yang masih belajar di sekolah berasrama dahulu.
Kerabu Timun
2 helai daun kunyit
4 helai daun kadok
1 batang timun (dipotong panjang)
2 cili merah
4 ulas bawang merah
1 batang serai
1 peket santan segera
1 sudu besar lada hitam
2 sudu besar isi ikan (direbus terlebih dahulu dan dihancurkan)
1 biji limau nipis
Beberapa helai daun selasih
Garam dan gula secukup rasa
1. Tumbuk lada hitam, garam, serai dan 2 ulas bawang merah yang telah dicincang. Asingkan.
2. Untuk sayuran, potong timun halus sepanjang 2cm . Daun kunyit dan kadok dimayang halus manakala lada merah dipotong menyerong, halus. Potong nipis baki bawang merah tadi.
3. Bahan yang ditumbuk dan isi ikan dimasukkan ke dalam santan yang telah dicairkan sebelum dipanaskan.
4. Ketika santan mula meruap, masukkan sayur-sayuran. Tutup api serta merta untuk mengelakkan sayur layu dan timun mengeluarkan air berlebihan.
1. Anda boleh gantikan timun dengan taugeh atau kacang panjang.
2. Isi ikan boleh disediakan terlebih dahulu dan digunakan dalam masakan yang lain, seperti kuah laksa atau inti samosa.
3. Masukkan bunga kantan untuk lebih rasa.