Secara personal, ini merupakan gambar yang paling aku sukai. Dari segi mood, suasana, teknik manipulasi, hinggalah kayu yang dipegang Lai Yee. Owh aku sudah keliru antara Cecilia dan Lai Yee.

Secara personal, ini merupakan gambar yang paling aku sukai. Dari segi mood, suasana, teknik manipulasi, hinggalah kayu yang dipegang Lai Yee. Owh aku sudah keliru antara Cecilia dan Lai Yee.


SEROUN SHIJAK

Sudah terlalu lama rasanya aku tidak menulis di blog ini. Sehingga satu perasaan “malu” timbul setiap kali aku mahu mula menaip. “Malu” dalam erti kata aku gagal untuk meluahkan apa yang aku fikir, aku rasa untuk dikongsi, bimbang dengan struktur ayat.. dan hasilnya butang delete ditekan beberapa kali.

Mungkin aku perlukan masa.

Baru 7 hari aku menjejakkan kaki di tanah air, dan hujan turun menemani aku sepanjang tempoh itu. Seronok yang tidak terkata. Aku sememangnya peminat utama hujan, dan betapa aku rindu bunyi rintik air hujan terpercik di balkoni. Di Korea juga salji turun dengan lebat, tentu suasana yang sangat indah juga di sana.

Setelah bersama sama dengan kakak, Saratul selama seminggu, akhirnya semalam cutinya tamat, dan aku sekeluarga menghantarnya ke Muadzam. Perjalanan selama hampir 2jam dengan melalui hutan lebat menghijau, ladang kelapa sawit merupakan pengalaman berharga bagiku. Sayang, aku tidak membawa kamera sekali ketika itu. Lain kali, pasti aku tidak akan lepaskan peluang mengambil beberapa gambar di sana.

Sekarang aku terasa kuat untuk mengexplore apa yang ada di sekeliling. Mungkin kerana akak sudah pulang ke Muadzam dan aku sunyi berseorangan di rumah. Cream cheese sudah dibeli dua hari lepas. Apa yang boleh aku hasilkan dengan cream cheese ya?

*SEROUN SHIJAK = Permulaan Baru


DECEMBER PORNOGRAPHY

December is finally coming and this is the reason why i like it. Taking your clothes off and being ‘naked’ is not the right thing to do, especially when you are freezing cold with temperature nearing zero (poor these leaves, they have nothing to hold) but i have to agree that the last one looks so fine. All i can say is, confidence is a must.


The Heat
Anjulie
BOOM
[Flash 9 is required to listen to audio.]

The Heat by Anjulie.

Warna dan haba.  Apalagi yang aku rindu sekarang.  Di luar, terlalu sejuk dan semakin membeku. Warna-warna yang mulai hilang, aku merayu untuk pulang. Salam Aidiladha.