Werewolf
CocoRosie
The Adventures of Ghosthorse and Stillborn
[Flash 9 is required to listen to audio.]

Werewolf by Cocorosie

Banyak perkara yang merunsingkan aku kebelakangan ini. Takut pada kesesalan di masa depan, takut pada kehilangan hidup, takut pada kekurangan masa. Maka satu e-mel telah melayang menemui Pak Sheikh kerana tanganku terlalu gatal untuk menaip dan mengadu. 

Hatiku sebenarnya yang begitu.

Apa yang kutaip padanya terpaksa dirahsiakan atas kemaluan rasa malu dengan diriku yang sentiasa khuatir dan gusar. Namun sebagai rumusan, aku nyatakan betapa aku mahu keluar dari istilah kuliah, buku dan peperiksaan. Hatiku jelek dan tidak lagi berada di situ. Aku mahu berfikir menggunakan akal, bukannya homework solutions. Aku mahu mencipta idealogi dan budaya, bukannya cunning paper. 

Maka katanya sebagai balasan,

I think u should finish your program. U r in the final year. U r young. Then u follow your passion to lead a full life, giving your 100%”

………….

Itu sahaja?

“I wl write to u again in the next few days. Plz stay in touch.”

Oh Tuhanku, nasib baik ada sambungannya. Paling tidakpun hatiku yang terpinga-pinga tadi sedikit tenang. 

Berputar laju seperti rekod gramafon, “u r young..u r young” . Adakah itu bermakna aku masih mentah?



I Feel Like Dying (Instrumental With Hook)
Lil Wayne
[Flash 9 is required to listen to audio.]

I Feel Like Dying by Lil’ Wayne (instrumental)

I am at the top of the top but still I climb .

Kawan : Awak beli kamera ni kan…awak tak rasa rugi ke…?

Aku : Rugi? Maksud awak?

Kawan : Yelah…awak ambil gambar orang cantik-cantik tapi awak tak boleh masuk dalam gambar tu sebab orang lain tak reti nak pakai kamera awak. Awak tak rasa sedih ke tak dapat masuk dalam kamera yang awak suka tu?

Mataku terus melilau-lilau pada deretan Rolleiflex, medium-format camera, dan Hasselblad. Tetapi fikiranku masih berlegar-legar pada tempat yang sama, seperti mengalami traffic jam yang teruk.